Monday, May 13, 2013

Persahabatan atau Cinta ??




Antara persahabatan dengan cinta..
Aku memilih persahabatan..
Kerna cinta dan jodoh ada dimana-mana..
Tapi tidak pada persahabatan..

Kadang-kadang hubungan persahabatan itu..
Datang tanpa kita duga..
Tanpa kita sedari..

Sejauh mana pun..
Kita masih punya sahabat..
Seteruk mana pun..
Kita masih ada sahabat..
Dan seburuk mana pun..
Kita masih punya sahabat..

Ingatlah, tiada insan yang mampu..
Menerima kekurangan kita..
Selain keluarga dan sahabat..

Sunday, May 12, 2013

Rindu saat itu




Rindunya Ya Allah..
Saat dimana kami semua berkumpul..
Setiap malam kami bersama..
Berkongsi cerita..

Membekalkan secawan teh..
Ditemani cahaya bulan..
Masing-masing dengan harapan mereka sendiri..
Setiap hari menghitung hari..

Senang berkongsi cerita bersama..
Memberi nasihat..
Melepaskan keletihan seharian bekerja..
Kami sidji.. 
Ya.. kami adalah sidji..

Pukulan pertama




Tetiba teringat..
Kenangan ketika semangat untuk bersukan..
Aku dan saudara ku..
Mencuba untuk bermain sesuatu yang tidak pernah dimain..
Tenis..

Teringat ketika aku membuat pukulan pertama..
Dan mungkin terakhir..
Pukulan yang kuat seperti aku bermain badminton..
Bola kecil terus melantun keluar ..

Kami terus ketawa..
Dan sukan kami berakhir dengan ketawa..
Ia kali pertama dan ia kali terakhir..
Kerna mungkin kita tidak akan pernah berjumpa lagi..
Mahupun berhubung..

Saudara..
Aku tidak akan pernah lupa semua itu..
Percayalah..

Berdoa dan meminta




Sekali lagi..
Ya Allah.. Aku hanya manusia biasa..
Aku berdoa dan meminta..
Turunkanlah hujan Ya Allah..

Aku tau kehebatan Kuasa Mu..
Aku tidak berkuasa dalam hal ini..
Hanya berdoa yang aku mampu..

Teriknya cahaya matahari menyukarkan ..
Bagi kami untuk melaksanakan tugas..

Saturday, May 11, 2013

My bestie~




Thanks becoz be my bestie..
Yang selalu ada ..
Ketika susah dan senang..

Tanpa aku sedari..
Aku meminta lagi kepada yang Maha Berkuasa..
Ya Allah..
Berikanlah kesejahteraan kepadanya..

Dan
Aku bersyukur kerana Engkau sudah memberikan yang terbaik pada aku..
dan  memakbulkan doa aku selama ini..

Ia berulang




Ia berulang..
Dan sentiasa berulang..
Ingatan ku sentiasa memikirkan kamu..
Seteguk teh dihirup..
Seperti biasa, secawan teh menemani malam gelap ku..
Segala memori yang kita bina..
Semuanya bermain dipikiran ku..

Aku memandang langit yang gelap..
Menghirup udara segar malam..
Keindahan bulan yang bersinar menjadi sahabat aku..
Aku meminta..
Sekali lagi aku meminta kepada yang maha Esa..
Selamatkan saudara ku dan sahabatku..

Hari yang cerah




Hari yang cerah..
Segala yang aku harapkan..
Semua menjadi..

Ya Allah..
Doaku di makbulkan..
Menghabiskan masa bersama keluarga tercinta..
Hari Ibu yang ceria..
Lega melihat ibu aku terus senyum ..
Kerana melihat abang aku pulang..

Semua anak-anaknya berkumpul..
Aku terus menikmati keindahan pada hari ini..
Dan entah bila aku dapat merasa keindahan seperti hari ini..

Friday, May 10, 2013

Siapa aku ??




Malam yang cerah..
Di terangi oleh cahaya bulan..

Aku..
Berfikir, siapakah aku yang sebenar??
Siapakah aku dimata sahabat ku??
Baikkah aku??
Atau
Jahatkah aku??

Hanya mereka yang tau..
Aku menadah tangan..
Dan..
Hanya mampu berdoa..

"Ya Allah.. Berilah aku petunjuk.. tunjukkanlah kepada aku, siapa aku yang sebenarnya dimata mereka.. agar aku dapat mengetahuinya.."

Impian yang tinggi




Jika aku diberi sayap..
Akan aku terbang melihat kehebatan Nya..
Ingin aku pergi melihat dia yang jauh disana bersama Mu..
Tapi, ia hanyalah sebuah impian..

Ya Allah..
Kuatkanlah hati aku..
Berilah aku petunjuk untuk terus menuju ke jalan Mu..
Berilah aku kekuatan Ya Allah..
Sesungguhnya Engkau Segalanya..

Secawan Teh ~




Malam telah tiba..
Memori lama masih di ingatan..
Secawan teh menemani malam yang pekat..
Secawan teh yang mengimbas seribu satu kenangan..

Ya Allah..
Aku rindu sesangat kepada saudara ku disana..
Hampir setiap malam kami menghabiskan masa meminum teh bersama..
Aku rindu saat itu..

Thursday, May 09, 2013

Comeback~




Album ke 3 yang bertajuk 'GROWN'
Nak lebih Click disini !! atau Disini !!

Masih mencuba




Setiap langkah ku..
Setiap perbuatan ku..

Sentiasa mengingati kamu..
Sentiasa memikirkan kamu..

Ya Allah.. adakah itu sesuatu petanda??
Atau hanya pikiran aku yang entah apa-apa??

Walau sudah lama..
Namun aku masih sukar melupakannya..
Aku masih mencuba melupakannya..

Tabahkan hati dan perasaan aku Ya Allah..
Aku tidak kuat ..

Mengimbas~




Terlalu banyak pengalaman dan kenangan yang telah dilalui..
Tapi kenapa harus mengingati kenangan yang penuh luka dan duka??

Aku tertanya-tanya..
Kerana kenangan itu mengajar kita menjadi matang dan dewasa..
Banyak pengalaman dan kenangan memberi pengajaran kepada kita..

Kita sepatutnya bersyukur..
Kerana kita masih pandai mempelajari dari kesilapan..
Tiada manusia yang mempunyai masa lalu yang baik dan sentiasa baik..

Tahniah kepada mereka yang telah mempelajari nya.. :)

Sahabat ^^




Sahabat itu PERMATA.. yang nilainya tidak terkira..
Sahabat bukan KACA.. yang selalu meluka..

Bersyukurlah jika kamu mempunyai sahabat.. 
Kerana tidak ramai yang punya sahabat.. 
Kawan dan sahabat adalah berbeza.. 
Siapa yang benar-benar pentingkan sesuatu hubungan.. 
Dia akan tau siapakah kawan dan siapakah sahabat..

Wednesday, May 08, 2013

Ukur




Kadang-kadang kita kuat..
Kadang-kadang kita lemah..

Tidak ada siapa yang tau ukuran kekuatan dan kelemahan kita..
Bila kita lemah, kita akan rasa selemahnya..
Tapi bila kita kuat,kita takkan rasa sekuatnya..
Kerna apa,
 kerna kita hanya manusia biasa..

Ingatlah.. sesungguhnya kita dari Dia.. Dia yang Maha Pencipta dan Segalanya..
Ingatlah juga.. Sekiranya kita datang dan pergi ditentukan oleh Nya..

Ya Rabb.. aku hanya manusia biasa.. yang tidak pernah rasa sempurna.. 
Malah sentiasa meminta dariMu Ya Allah.. dan apa yang aku minta ini ialah permintaan yang sama oleh orang dan makhluk lain juga Ya Allah.. iaitu ampuni dosa-dosaku.. 

Fall in love ?!!




Biar betul perasaan aku ni??
Tak rasanya..
Tapi kalau betul, Alhamdulillah.. hahaha
Siapakah?? dan bagaimanakah??
Biarlah rahsia..
Aku rasa itu hanya perasaan yang datang secara tak sengaja..
Mungkin lah agaknya..
Hahaha..
Sudah terlalu lama aku tidak punya hubungan seistimewa macam ini..
Kalau dah jodoh, takkan kemana..
Aku harap,ia berkekalan..
Tapi mungkin nanti..
Dan bukan sekarang.. :)

Tuesday, May 07, 2013

Terus Mengejar



Bila dipikirkan, apa yang aku pilih ni betul ke??
Ini ke yang aku nak selama ni??
Ini ke yang aku kejar selama ni??
Kenapa aku pikir macam ni??
Mungkin kerana aku belum ready..

Mungkin??
Tapi sampai bila??

Umur aku dah makin meningkat, jika bukan sekarang aku terus berusaha dan kejar, sampai bila-bila pun aku tak akan dapat capai cita-cita aku..

Ye.. Betul, aku kena mulakan dari sekarang.. Aku akan mengejar cita-cita aku ini.. :) Semangat !!

Sorry !!




    Sorry, lama sangat aku menghilangkan diri.. dan membiarkan blog aku ni tersadai :(  .. btw, aku akan cuba memulakan penceritaan baru yang singkat tentang diri aku.. :) Maaf sangat-sangat ~

Tuesday, December 18, 2012

Bye 2012 ~

 



 2012 dah nak berakhir.. sedih Ya Allah !! 2012 bagi aku banyak pengalaman dan kenangan.. macam2 terjadi.. Alhamdulillah.. aku masih hidup.. dan masih boleh merasai tahun baru..2013.. harap sesangat aku dapat memenuhi azam tahun baru nanti.. :) In sya Allah.. kepada yang menyanyangi aku, aku harap awak2 semua dapat menjalani hidup dengan tenang dan gembira.. hehe.. by the way, bye bye 2012.. Hye 2013 !!

Sunday, December 16, 2012

Penungguan ~

 



   Hoh !! makin hari aku makin cuak.. sesangat cuak bhaii.. aku tak tahu nak cakap mcmmana.. aku tak dapat feedback dri tempat yang kami minta.. wtf !! haritu banyak tempat bagi feedback tapi lambat hantar.. yang dah hantar tak dapat call pun lagi.. haisshhh... cubalah bagi feedback cepat sikit.. aku ada beberapa hari je lagi.. dahlah masa nak cari tempat tak sampai sebulan.. haduiiii.. semaknya kepala aku.. Ya Allah tolonglah selamatkan aku.. aku betul2 perlukan tempat praktikal..